Wednesday, 5 August 2020

Angin ahmar : Pencegahan dan Pemulihan

Serangan angin ahmar atau stroke merupakan serangan mengejut ke atas sel-sel otak kita. Ini kerana darah tidak mampu mengalir dan tersumbat seterusnya menghalang oksigen di hantar ke otak.
Penyakit stroke berlaku akibat seseorang itu mempunyai komplikasi akibat darah tinggi, kolestral & lemak yg tinggi dlm badan, stress keterlaluan dan komplikasi jantung.
Stroke boleh mengakibatkan seseorang itu lumpuh , lidah bisu dan kelu, hilang ingatan serta mata menjadi rabun & buta. Ini disebabkan saraf-saraf yg berkaitan telah rosak akibat serangan angin ahmar td.
Pesakit stroke yg lumpuh boleh di urut dan di tekan ke bahagian-bahagian yg tertentu agar perjalanan darah mulai stabil dan oksigen mula dihantar ke otak. Namun terapi urutan perlu dilakukan secepat mungkin selain dari rawatan hospital. Diet dan pemakanan yang seimbang amat penting bg mengelakkan stroke berlaku. Selalulah ambil tahu kandungan kolesrtal; gula dan garam dlm badan kita dengan melakukan "check-up" paling kurang setahun sekali.

Kebaikan berbekam


Bekam di bahagian kaki amat efektif utk mengelakkan diabetis . Ada kajian mengatakan sesiapa yg kerap berbekam di bahagian kaki dapat mengelakkan penyakit kencing manis selain mengamalkan cara hidup yg sihat seperti bersenam dan pemakanan yg seimbang dgn pengambilan nutrien dan serat seperti sayur-sayuran serta buah-buahan.
Berbekam selain dari sunnah yg dianjurkan (salah satu kaedah rawatan zaman rasulullah), berbekam juga mampu mengeluarkan darah yg berlebihan, yg bertoksid, kolestral, garam dan gula yg tidak digunakan didalam badan kita. Banyak testimoni-tesimoni dan kajian-kajian mengakui bekam adalah salah 1 kaedah rawatan alternatif terpenting bg mengelakkan penyakit yg merbahaya pada masa kini selain juga 1 kaedah penyembuhan kepada penyakit yg dihadapi. Berbekam juga adalah salah 1 kaedah rawatan yang paling lama sejak ribuan tahun dahulu dan ia juga digunakan oleh bangsa China, Inggeris, Jepun dan lain-lain.Namun kaedah berbekam yang telah pun dikemaskini membuatkan rawatan bekam tidak sakit, selamat selain dari aspek kebersihan SOP yg perlu diamalkan oleh pengamal-pengamal bekam yang memastikan kebersihan dan amalan berbekam dijaga.

Selamat Tahun Baru 2024

  Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Bari 2024 kepada semua pelanggan urutan Tradisionalku dan Bekam (UDB). Umur bertambah, moga amal juga...